Data kitak, dijaga.
Dasar ini menerangkan maklumat apa yang kami kumpul apabila kitak melayari laman web ini atau menghubungi kami, bagaimana kami menggunakannya, dan hak kitak di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Read this policy in English ↓
Dikemas kini: 21 November 2026
1. Siapa kami
Kedai Web Kamek ialah jenama milik Majetika Ventures (SSM 202503305428), beroperasi dari Lembah Klang dan Kuching, Malaysia. Dalam dasar ini, "kami" merujuk kepada Kedai Web Kamek dan "kitak" merujuk kepada pelawat atau pelanggan kami.
2. Maklumat yang kami kumpul
(a) Maklumat yang kitak berikan sendiri
- Borang maklumat bisnes: nama bisnes, bidang bisnes, status pendaftaran, sama ada kitak sudah ada logo, domain dan hosting, nama orang untuk dihubungi, nombor telefon, alamat emel (jika diberi) dan cara hubungan pilihan.
- Kalkulator anggaran: pakej dan pilihan yang kitak tandakan, jika kitak memilih untuk menghantarnya kepada kami.
- Tempahan panggilan melalui Calendly: nama, emel dan maklumat lain yang diminta dalam borang tempahan.
- Borang permohonan internship: nama, nombor WhatsApp, emel (jika diberi), latar belakang, status pengajian, institusi, ketersediaan dan matlamat kitak.
- Mesej WhatsApp, emel dan panggilan yang kitak hantar kepada kami.
- Chat AI (butang "Tanya AI", cop "Web Kamek" di laman contoh kami, dan chat.kedaiwebkamek.my): mesej yang kitak taip dan jawapan pembantu AI, termasuk nama, nombor telefon, alamat emel, jenis bisnes dan keperluan kitak jika kitak memberikannya dalam chat, serta sama ada kitak minta untuk menerima berita daripada kami.
Memberi maklumat ini adalah sukarela. Tanpa nama dan nombor telefon atau emel, kami tidak dapat membalas pertanyaan atau menyediakan sebut harga untuk kitak.
(b) Maklumat yang dikumpul secara automatik
- Tiada kuki analitik atau iklan. Pada masa ini laman web ini tidak menggunakan alat analitik, piksel pengiklanan atau kuki penjejakan milik kami.
- Storan pelayar (browser storage). Laman ini menyimpan beberapa perkara kecil dalam pelayar kitak: kedudukan lencana terapung yang kitak susun (
kwk-chip-pos), tanda bahawa kitak sudah melihat surat cadangan kami untuk sesi semasa (cadangan_seen), dan perbualan chat AI kitak supaya ia tidak hilang bila halaman dimuat semula, dan sama di laman utama dan laman contoh kami (kwk_chat_shared_v1, dipadam secara automatik selepas 24 jam tanpa aktiviti), serta sama ada panel chat sedang dibuka dalam tab semasa (kwk_chat_v1, dipadam apabila tab ditutup). Kitak boleh memadamnya bila-bila masa melalui tetapan pelayar. - Log pelayan. Penyedia hosting kami merekod maklumat teknikal biasa seperti alamat IP, jenis pelayar dan masa lawatan untuk keselamatan dan operasi laman.
3. Bagaimana borang kami berfungsi
Borang maklumat bisnes, borang permohonan internship dan butang hantar pada kalkulator tidak menghantar data ke pelayan kami. Ia menyusun satu mesej dan membuka WhatsApp di peranti kitak. Mesej hanya sampai kepada kami selepas kitak sendiri menekan "hantar" dalam WhatsApp. Jika kitak menutup WhatsApp tanpa menghantar, kami tidak menerima apa-apa.
Chat AI berfungsi secara berbeza. Setiap mesej yang kitak taip dalam chat dihantar ke pelayan chat kami (Cloudflare) dan kepada Google Gemini untuk menjana jawapan. Perbualan itu kemudian disimpan dalam Google Sheet kami supaya pasukan kami boleh membacanya dan menyusul pertanyaan kitak. Kami menggunakan Gemini pada pelan percuma, jadi Google juga boleh menggunakan mesej chat untuk menambah baik produk dan perkhidmatannya. Jangan kongsi maklumat sensitif seperti nombor IC, maklumat bank atau kata laluan dalam chat. Jawapan AI ialah anggaran sahaja; harga dan tempoh muktamad disahkan oleh kami. Untuk had 30 mesej sehari bagi setiap pelawat, pelayan chat menyimpan kiraan mesej bersama versi alamat IP anda yang telah dikodkan sehala (hash), bukan alamat IP itu sendiri; rekod ini dipadam selepas hari tersebut.
4. Tujuan kami menggunakan maklumat kitak
- Membalas pertanyaan dan menyediakan anggaran atau sebut harga.
- Mengatur dan mengadakan panggilan konsultasi yang kitak tempah.
- Menjawab soalan melalui chat AI, dan membaca perbualan chat untuk menyusul pertanyaan serta menambah baik jawapan pembantu AI kami.
- Menghantar berita dan tips sekali-sekala melalui emel, hanya jika kitak memintanya dalam chat AI. Kitak boleh minta kami berhenti bila-bila masa dengan membalas emel tersebut atau menghubungi kami.
- Melaksanakan projek, termasuk dokumentasi, invois dan sokongan selepas projek siap.
- Menilai permohonan internship dan menghubungi pemohon.
- Mematuhi keperluan undang-undang dan perakaunan.
Kami tidak menjual data peribadi kitak, dan tidak menghantar promosi kepada kitak tanpa persetujuan kitak.
5. Perkhidmatan pihak ketiga
Laman ini bergantung pada beberapa perkhidmatan luar. Setiap satu mempunyai dasar privasinya sendiri:
- WhatsApp (Meta): untuk mesej yang kitak hantar kepada kami.
- Calendly: kalendar tempahan yang dipaparkan dalam laman ini. Calendly mungkin menetapkan kukinya sendiri apabila kalendar dibuka.
- Google Gemini: model AI yang menjana jawapan dalam chat AI.
- Cloudflare: pelayan yang menjalankan chat AI (chat.kedaiwebkamek.my).
- Google Sheets: tempat perbualan chat AI disimpan untuk dibaca oleh pasukan kami.
- Vercel: penyedia hosting laman web ini.
- Google Fonts: fon pada laman ini dimuatkan dari pelayan Google.
- cdnjs (Cloudflare) dan jsDelivr: fail skrip animasi dimuatkan dari rangkaian penghantaran kandungan ini.
6. Pemindahan data ke luar Malaysia
Sebahagian penyedia di atas memproses data di pelayan di luar Malaysia, contohnya di Amerika Syarikat. Kami hanya membenarkan data peribadi kitak dipindahkan ke luar Malaysia apabila:
- ia perlu untuk memberi perkhidmatan yang kitak minta sendiri, contohnya menghantar mesej WhatsApp, membuat tempahan Calendly atau menggunakan chat AI; atau
- kitak telah memberi persetujuan, termasuk dengan terus menggunakan perkhidmatan tersebut selepas membaca dasar ini.
Kami memilih penyedia yang menerbitkan komitmen perlindungan data bertulis, seperti perjanjian pemprosesan data dan langkah keselamatan yang munasabah, selaras dengan keperluan pemindahan rentas sempadan di bawah seksyen 129 PDPA. Kitak boleh minta maklumat lanjut tentang pemindahan ini melalui emel kami.
7. Tempoh simpanan
Kami menyimpan maklumat pertanyaan, termasuk perbualan chat AI, selagi perlu untuk membalas dan mengikuti perbincangan. Rekod projek dan invois disimpan selama tempoh yang dikehendaki oleh undang-undang perakaunan dan cukai Malaysia. Selepas itu, maklumat dipadam atau dijadikan tanpa nama.
8. Hak kitak di bawah PDPA
- Meminta salinan data peribadi kitak yang kami simpan.
- Meminta pembetulan data yang tidak tepat atau tidak lengkap.
- Menarik balik persetujuan, atau meminta kami berhenti menghubungi kitak untuk tujuan pemasaran.
- Meminta pemadaman data yang tidak lagi kami perlukan.
Hantar permintaan kepada apel@kedaiwebkamek.my. Kami akan membalas dalam tempoh 21 hari, selaras dengan PDPA.
9. Keselamatan
Kami mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat kitak, termasuk sambungan HTTPS, akses terhad kepada data pelanggan dan penyedia yang dipercayai. Tiada sistem dalam talian yang selamat 100%, namun kami akan memaklumkan kitak jika berlaku insiden yang menjejaskan data kitak.
10. Kanak-kanak
Perkhidmatan kami ditujukan kepada pemilik bisnes dan orang dewasa. Kami tidak sengaja mengumpul data daripada individu berumur bawah 18 tahun.
11. Perubahan pada dasar ini
Kami mungkin mengemas kini dasar ini dari semasa ke semasa. Tarikh di bahagian atas halaman menunjukkan versi terkini. Jika terdapat percanggahan antara versi Bahasa Melayu dan versi Bahasa Inggeris, versi Bahasa Melayu terpakai.
12. Hubungi kami
Ada soalan tentang privasi?
Emel apel@kedaiwebkamek.my atau WhatsApp +60 11-1525 5798.
1. Who we are
Kedai Web Kamek is a brand of Majetika Ventures (SSM 202503305428), operating from the Klang Valley and Kuching, Malaysia. In this policy, "we" means Kedai Web Kamek and "you" means our visitors and clients.
2. What we collect
(a) Information you give us
- Business information form: business name, field of business, registration status, whether you already have a logo, domain and hosting, contact person's name, phone number, email address (if given) and preferred contact method.
- Estimate calculator: the package and options you select, if you choose to send them to us.
- Calendly call booking: name, email and any other details the booking form asks for.
- Internship application form: name, WhatsApp number, email (if given), background, study status, school or university, availability and goals.
- WhatsApp messages, emails and calls you send us.
- AI chat (the "Tanya AI" button, the "Web Kamek" stamp on our demo sites, and chat.kedaiwebkamek.my): the messages you type and the AI assistant's replies, including your name, phone number, email address, type of business and needs if you share them in the chat, and whether you asked to receive news from us.
Giving us this information is voluntary. Without a name and a phone number or email, we cannot reply to your enquiry or prepare a quotation.
(b) Information collected automatically
- No analytics or advertising cookies. This website currently uses no analytics tools, advertising pixels or tracking cookies of our own.
- Browser storage. The site stores a few small items in your browser: the positions of the floating badges you rearrange (
kwk-chip-pos), a flag that you have seen our letter for the current session (cadangan_seen), your AI chat, so it survives a page reload and stays the same across our main site and demo sites (kwk_chat_shared_v1, deleted automatically after 24 hours without activity), and whether the chat panel is open in the current tab (kwk_chat_v1, deleted when you close the tab). You can clear them at any time in your browser settings. - Server logs. Our hosting provider records standard technical information such as IP address, browser type and time of visit, for security and to operate the site.
3. How our forms work
The business information form, the internship application form and the calculator's send button do not send data to our servers. They compose a message and open WhatsApp on your device. The message reaches us only after you press "send" in WhatsApp yourself. If you close WhatsApp without sending, we receive nothing.
The AI chat works differently. Each message you type in the chat is sent to our chat server (Cloudflare) and to Google Gemini to generate a reply. The conversation is then saved in our Google Sheet so our team can read it and follow up on your enquiry. We use Gemini's free plan, so Google may also use chat messages to improve its products and services. Do not share sensitive information such as IC numbers, bank details or passwords in the chat. AI replies are estimates only; we confirm final prices and timelines. For the limit of 30 messages a day per visitor, the chat server keeps a message count with a one-way hash of your IP address, not the IP address itself; these records are deleted after that day.
4. Why we use your information
- To reply to enquiries and prepare estimates or quotations.
- To arrange and hold consultation calls you book.
- To answer questions through the AI chat, and to read chat conversations to follow up on enquiries and improve our AI assistant's answers.
- To send occasional news and tips by email, only if you asked for them in the AI chat. You can ask us to stop at any time by replying to the email or contacting us.
- To carry out projects, including documentation, invoicing and after-launch support.
- To assess internship applications and contact applicants.
- To meet legal and accounting requirements.
We do not sell your personal data, and we do not send you promotions without your consent.
5. Third-party services
This site relies on several outside services, each with its own privacy policy:
- WhatsApp (Meta): for messages you send us.
- Calendly: the booking calendar shown on this site. Calendly may set its own cookies when the calendar opens.
- Google Gemini: the AI model that writes the replies in the AI chat.
- Cloudflare: the server that runs the AI chat (chat.kedaiwebkamek.my).
- Google Sheets: where AI chat conversations are saved for our team to read.
- Vercel: this website's hosting provider.
- Google Fonts: the fonts on this site load from Google's servers.
- cdnjs (Cloudflare) and jsDelivr: the animation scripts load from these content delivery networks.
6. Transfers outside Malaysia
Some of the providers above process data on servers outside Malaysia, for example in the United States. We only allow your personal data to be transferred outside Malaysia when:
- it is necessary to provide a service you asked for yourself, such as sending a WhatsApp message, making a Calendly booking or using the AI chat; or
- you have consented, including by continuing to use that service after reading this policy.
We choose providers that publish written data protection commitments, such as data processing agreements and reasonable security measures, in line with the cross-border transfer requirements of section 129 of the PDPA. You can ask us for more details about these transfers by email.
7. How long we keep it
We keep enquiry information, including AI chat conversations, for as long as we need it to reply and follow up. Project records and invoices are kept for the period required by Malaysian accounting and tax law. After that, the information is deleted or anonymised.
8. Your rights under the PDPA
- Ask for a copy of the personal data we hold about you.
- Ask us to correct data that is inaccurate or incomplete.
- Withdraw consent, or ask us to stop contacting you for marketing.
- Ask us to delete data we no longer need.
Send requests to apel@kedaiwebkamek.my. We will reply within 21 days, in line with the PDPA.
9. Security
We take reasonable steps to protect your information, including HTTPS connections, limited access to client data and trusted providers. No online system is 100% secure, but we will tell you if an incident affects your data.
10. Children
Our services are for business owners and adults. We do not knowingly collect data from anyone under 18.
11. Changes to this policy
We may update this policy from time to time. The date at the top of the page shows the current version. If the Malay and English versions differ, the Malay version prevails.
12. Contact us
Questions about privacy? Email apel@kedaiwebkamek.my or WhatsApp +60 11-1525 5798.
