โ† Laman utama
Cerita Kamek

Dari minat, jadi misi.

Kedai Web Kamek bermula dari minat pada tech sejak 2012, melalui bootcamp, MCO dan pelbagai venture, dan kembali dengan satu misi: bisnes Sarawak patut senang dijumpai.

Dikemas kini: 15 November 2026

Apel, founder Kedai Web Kamek

Hi, kamek Apel.

Ramai juak panggil kamek Rapha. Kamek founder dan developer di sebalik Kedai Web Kamek, jenama di bawah Majetika Ventures. Kamek berurusan terus dengan setiap klien, dari sembang pertama sampai website live.

Dari awal, matlamat kamek satu: jadi operator dan pemilik bisnes. Kamek bertuah dapat meneroka banyak bidang sejak muda, dan kinek tok kamek berpangkalan di Greater Kuala Lumpur, terus meneroka peluang. Apa pun jalannya, hidup tok best bila ada kebebasan.

Tok cerita macam mana semuanya bermula.

Perjalanan kamek

  1. 2012

    Mula dengan Codecademy

    Kamek mula belajar coding sendiri di Codecademy. Masa ya kamek terinspirasi dengan startup-startup Amerika, macam mana idea kecil boleh membesar jadi bisnes. Kamek sedar suasana macam ya jauh dari Sarawak, di mana jurang bakat tech memang wujud. Tapi minat ya terus melekat.

  2. 2014

    Pilihan yang paling dekat

    Kamek mohon kursus Pengaturcaraan Komputer dan diterima masuk ke KV Beaufort. Tapi Beaufort terlalu jauh untuk kamek masa ya, jadi kamek terima pilihan paling dekat, KV Miri, dalam kursus Sistem Komputer dan Rangkaian (kinek dikenali sebagai Teknologi Maklumat). Sik sama dengan impian asal, tapi kamek tetap dalam dunia tech.

  3. 2020

    Masuk NEXT Academy

    Ramai orang lepaskan impian bila jalan jadi susah. Kamek pilih untuk terus kejar "pengaturcaraan komputer" yang dulu terlepas. Selama dua minggu kamek menginap di Manhattan Business Hotel, TTDI, lima minit jalan kaki ke NEXT Academy (kini sudah ditutup), dan belajar siang malam.

    Alamat lama NEXT Academy: A-G-7 Glomac Damansara, Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Rujukan โ†—

  4. Hujung 2020 hingga awal 2021

    Website-website pertama

    Lepas tamat bootcamp, kamek terus bina website dengan penuh semangat. Masa ya rasa macam boleh tawan dunia.

  5. Musim MCO

    Rancangan berubah

    Rancangan kamek masa ya: pindah ke KL dan kejar web dan software development sepenuh masa. Tapi MCO ada rancangan lain. Sepanjang tempoh ya, kamek jalankan pelbagai venture termasuk F&B.

  6. 2025

    Impian KL, kali kedua

    Peluang untuk kejar impian ke KL datang semula. Kamek daftarkan Majetika Ventures (SSM 202503305428) untuk pelbagai venture, dan Kedai Web Kamek ialah salah satu daripadanya.

  7. 4 April 2026

    KedaiWebKamek.my dilancarkan

    Kamek nampak satu jurang: bisnes Sarawak susah ditemui di internet. Itulah sebab kamek mulakan Kedai Web Kamek, supaya bisnes tempatan senang dijumpai bila orang cari di Google.

  8. Jun 2026

    Website klien live

    Website klien dengan CMS dan project map, dibina dari kosong.

  9. Kini

    Terus membina

    2 projek serentak sedang dalam pembangunan, dan kamek buka peluang internship untuk pelajar dan fresh grad yang nak belajar dari projek sebenar.

Kenapa kamek kembali

Niat utama kamek mula balik: nak bantu bisnes Sarawak senang ditemui.

"Kamek nak nampak lebih banyak maklumat awam tentang bisnes di Sarawak. Bila orang Google nama kedai kitak, kamek nak kitak jumpa."

Pada masa yang sama, kamek nak menyahut cabaran kerajaan negeri untuk menjadikan Sarawak negeri yang kompetitif dan berdaya saing, bermula dengan kehadiran digital bisnes-bisnes tempatan.

Cara kamek bekerja

  • Solo, lean dan remote.Sikda team besai, sikda pejabat untuk dibayar sewa. Kitak berurusan terus dengan orang yang bina website kitak, dan sebab kos operasi rendah, markup dalam quote kitak pun lebih rendah.
  • Custom coded, bukan website builder.Website builder caj bulanan atau tahunan yang nampak murah, tapi sebenarnya "mahal". Walaupun hosting cuma sekitar RM1 hingga 2 ribu setahun, kos sebenar termasuk pening kepala urus sendiri. Upah staf sendiri pula boleh makan sampai RM25k setahun, belum termasuk tool berbayar yang perlu dijaga. Dengan kamek, code yang bersih lebih laju dan lebih jimat untuk dihost.
  • Kitak fokus buat duit.Kitak boleh buat semua benda tok sendiri kalau ada masa. Tapi masa pemilik bisnes sangat berharga. Serahkan sakit kepala teknikal kepada kamek.
  • Unashamedly Ethical.Kamek pemegang Sijil Komitmen Unashamedly Ethical sejak November 2024: jujur dalam setiap kata, tolak sebarang rasuah, adil dalam urusan, dan buat kerja sepenuh hati. Lihat sijil

Tiga jenis website

Website bercerita tanpa kitak perlu bercakap. Apa saja yang diletak atas website, semuanya patut disengajakan. Di mata kamek, ada tiga jenis website:

01Good

Functional dan simple. Sik perlu merumitkan perkara yang pada asasnya mudah.

02Standard

Jelas tentang apa yang kitak jual, siapa kitak, dan berapa harganya. Senang orang cari maklumat.

03Branded

Macam pakai baju: salah pakai, orang judge. Untuk bisnes yang tahu apa yang dimahukan dan nak nampak ada pendirian.

Matlamat kamek

Setiap bisnes dan syarikat di Sarawak patut ada kehadiran digital yang kukuh. Bukan sebab trend, tapi sebab ia hak kitak untuk dikenali.

Bisnes dah best. Website jak tinggal.

Jom sembang.

Cerita pasal bisnes kitak. Percuma, tiada komitmen.

Hidupkan Website Kitak Cadangan Kamek